Wednesday, March 17, 2010

Perasmi AGM menjadi tanda tanya..

Salam,

Pada tengahari tadi, saya dengan ditemani oleh En. Muhamat Abd. Rahman (Penyelaras Alumni Peringkat Sekolah, SMKBKK) telah pergi ke Pejabat Tim. Pengarah Pelajaran Sabah, Pn. Hjh Maimunah Bt. Hj. Suhaibul untuk berbincang mengenai jemputan ke AGM kali-1 Persatuan. Namun yang demikian, YBhg. Pn. Tim. Pengarah tiada di Pejabat kerana ada urusan rasmi di Kuala Lumpur.

Surat telah difakskan pada hari Isnin yang lepas dan pada tengahari tadi juga, surat juga telah diberikan secara serahan tangan kepada PA YBhg. Pn. Tim. Pengarah. Apa yang difahamkan oleh PA YBhg, YBhg Pn. Tim. Pengarah mempunyai aktiviti penting bersama Pengarah Pelajaran di Kota Belud pada tarikh 27 Mac tersebut.


Usaha mencari penganti untuk merasmikan AGM nanti masih dalam proses mencari calon. Ini adalah kerana, YBhg. Pn. Tim. Pengarah juga merupakan bekas pelajar SMK Menggatal suatu ketika dahulu. (Lebih-lebih lagi telah menjadi orang nombor 2 penting dalam JPNS). Semoga YBhg. dapat turut sama memeriahkan perjalanan majlis ini nanti.

Dalam pada itu, kami juga berkesempatan membuat tempahan iklan berkenaan AGM Persatuan Alumni SMK menggatal di Utusan Borneo petang tadi. Iklan yang berharga RM320 untuk 6 hari ini akan mula disiarkan pada 20 Mac sehingga 25 Mac. Ini juga salah satu daripada perancangan promosi pihak jawatankuasa penaja dan pihak sekolah agar Persatuan Alumni SMK Menggatal ini akan semakin mantap.

P/S: Teruskan menyokong Persatuan ini...

1 comment: