Tuesday, March 9, 2010

Mesyuarat Persatuan Alumni kali ke-3

MESYUARAT PERSATUAN ALUMNI SMK MENGGATAL

BIL. 01 / 2010

Tarikh / Hari : 27 Feb 2010

Hari : Sabtu

Tempat : Restoran Choice, Jln Lintas

Masa : 9:30 pagi

Hadir :

  1. Pn. Hjh. Fauziah Bt. Datuk Hj. Mohd. Din - Presiden
  2. Pn. Ajanah Bt. Mohamed - N. Presiden
  3. En. Norallysham B. Stoh - Setiausaha
  4. En. Nordin Judin - Pen. Setiausaha
  5. Pn. Inismawati Yusup - Bendahari
  6. En. Muhamat Abd. Rahman - Penyelaras Alumni SMKB
  7. Pn. Hjh. Rosilah Hj. Ahmad Nunsi - AJK
  8. Pn. Saliah Hj. Kadis - AJK
  9. Pn. Adeline Mohd. Saat - AJK

Tidak Hadir

  1. Tn. Hj. Abd. Gafar Madin - Program TYT
  2. Pn. Anne Sidek - Tidak sihat
  3. Pn. Lucia Gabriel - Urusan keluarga
  4. Dr. Mariana Binti Mahmod - Temujanji dengan klien
  5. Cik Noorartini Binti Arjikal - Program SPA
  6. Pn. Masni Gebin - Cuti bersalin

Agenda :

1.0 Ucapan Pengerusi

2.0 Pengesahan Minit

3.0 Perkara-perkara Berbangkit

4.0 Laporan / Perkembangan Terkini Persatuan

5.0 Persiapan AGM Kali Ke-1

6.0 Hal-Hal Lain

7.0 Penutup

Agenda

Perkara yang dibincangkan

Catatan

1.0

Ucapan Pengerusi:

1.1 Pengerusi mengucapkan salam kepada semua ahli mesyuarat dan terima kasih di atas kehadiran tuan / puan sekalian

1.2 Memaklumkan bahawa Persatuan Alumni SMK Menggatal telah didaftarkan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan. (No. Sijil Pendaftaran: 2337-09-SBH bertarikh 11 November 2009)

1.3 Mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Norallysham Stoh selaku S/U Penaja dan kepada semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam pendaftaran persatuan ini.

1.4 Penghargaan juga diberikan kepada En. Mohd. Joh Bin Orot (mantan S/U Penaja) kerana draf perlembagaan yang digunapakai adalah draf yang dicetuskan oleh beliau dengan beberapa tambahan dan perubahan telah dibuat.

2.0

Pengesahan Minit:

Dicadang oleh : Pn. Hjh. Rosilah Hj. Ahmad Nunsi

Disokong oleh : Pn. Ajanah Bt. Mohamed

3.0

Perkara-Perkara Berbangkit:

3.1 Perkara 7.1 – Persatuan telah didaftarkan

4.0

Laporan / Perkembangan Terkini Persatuan:

4.1 Setiausaha memohon maaf di atas pelbagai kekangan dan cabaran dalam proses pendaftaran persatuan ini.

4.2 Setiausaha memaklumkan bahawa draf perlembagaan telah disahkan oleh pihak Pendaftar pertubuhan sekaligus menjadi perlembagaan rasmi bagi persatuan ini.

4.3 Setiausaha memaklumkan perlembagaan ini akan diperbanyakkan dan akan diedarkan secepat mungkin kepada semua ahli yang berdaftar.

4.4 Setiausaha memaklumkan bahawa emel, blog dan Facebook telah dibangunkan seperti berikut;

Emel : alumni.smkm@yahoo.com.my

Blog : http://alumnismkm.blogspot.com/

Facebook:http://facebook.com/Setiausaha%20Persatuan

atau

http://facebook.com/Persatuan%20Alumni%20SMK%20Menggatal

4.5 Setiausaha juga memaklumkan bahawa borang pre- pendaftaran online juga telah disediakan di dalam blog tersebut.

http://www.emailmeform.com/fid.php?formid=586908

4.6 Kaunter pendaftaran juga telah dibuka untuk pelajar lepasan STPM 2009 pada 25 Feb 2010 di Dewan Sekolah bagi mengumpul maklumat bekas pelajar yang berminat.

5.0

Persiapan AGM Kali Ke-1:

5.1 Mesyuarat Agung Kali Pertama akan diadakan pada ketetapan seperti berikut;

Tarikh : 27 Mac 2010 (Sabtu)

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Dewan SMK Bandaraya

5.2 Surat Pemberitahuan / Panggilan: Akan dikeluarkan 2 minggu sebelum tarikh AGM.

5.3 Publisiti: Kain rentang akan diletakkan di simpang empat sebelum selekoh masuk sekolah.

5.4 Pendaftaran ahli / Kehadiran: Akan dibantu oleh pelajar-pelajar Ting. 6 dan guru-guru.

5.5 Proses Pengundian : 1 Kotak undi akan disediakan dan setiap ahli akan diberikan 1 borang undi. Senarai calon akan dipaparkan di skrin menggunakan LCD.

5.6 Persiapan Dewan: Susun atur meja dan kerusi akan diuruskan oleh pihak sekolah.

5.7 Jamuan: Katering dari pembekal makanan.

5.8 Sumber Kewangan: Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menggunakan sebahagian daripada duit Persatuan untuk urusan AGM nanti.

5.9 Agenda AGM:

  • Ucapan Presiden
  • Pembubaran AJK Penaja
  • Perlantikan Pengerusi sementara / Pencatat minit sementara
  • Pengundian dan Perlantikan AJK
  • Ucapan Penangguhan Presiden baru
  • Jamuan

6.0

Hal-Hal Lain:

6.1 Setiausaha memaklumkan bahawa Dewan Sekolah sangat memerlukan bantuan berupa kelengkapan fizikal seperti kipas, lampu, kelengkapan / kemudahan sukan dan penambahbaikan pentas yang usang dari Pihak Persatuan. Ini kerana, ia bukan sahaja sebagai pusat aktiviti sukan sekolah malah tempat di mana pelajar-pelajar mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM.

6.2 Permohonan Keahlian bagi Sabrina Saib, Nasran Jamaludin, Haria Larodding, Mohd. Mazlany Zulkifli, David Ambang, Norzaimah Adnan, Zarina Melan, Hertiny Laiman, Gesiri Gambung, Zaleha Mohd. Jantrek, Misiah Yabis, Faizal Sarbi, Maria Silak, Ratenah@Fauziah Barun, Fauzi Rahman Abbas dan Awang Juri Ag. Tahir telah diluluskan namun setelah membayar yuran keahlian dan mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Canselor (bagi yang masih belajar)

7.0

Penutup:

7.1 Presiden mengucapkan terima kasih sekali lagi dan berharap perjalanan AGM nanti akan berjalan dengan lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada 12:00 Tengahari.

Disediakan oleh;

(En. Norallysham Bin Stoh)

Setiausaha Penaja Alumni

Persatuan Alumni SMK Menggatal

No comments:

Post a Comment